Tanaman cendawan berbaloiThis is a featured page


DUNGUN 24 Nov. - Tindakan nekad seorang pemuda, Mohd. Eruan Salleh, 28, berhenti kerja di sebuah
syarikat terkemuka di ibu negara semata-mata untuk melibatkan diri secara serius dalam bidang
perusahaan cendawan kini ternyata berbaloi.
Biarpun baru setahun mengusahakan projek tanaman cendawan tiram kelabu, bekas pegawai teknikal
itu kini mampu menarik nafas lega setelah pendapatannya mencapai angka RM3,000 hingga RM4,000
sebulan.
Eruan ketika ditemui Utusan Malaysia memberitahu, dia gembira dan berasa bangga dengan kejayaan
yang dikecapinya sekarang termasuk berjaya menubuhkan syarikat miliknya sendiri iaitu Agro Mesra
Trading.
“Mulai sekarang, saya tidak akan menoleh lagi ke belakang, saya akan pastikan usaha dan pengorbanan
saya ini akan terus berkekalan serta tidak menjadi sia-sia,” katanya ketika ditemui di tapak semaian
berdekatan rumahnya di Kampung Padang Pulut di sini semalam.
Eruan yang juga anak keempat daripada lapan beradik pernah mengikuti pengajian Veterinar di peringkat
diploma di Universiti Pertanian Malaysia (UPM) pada tahun 1998 sebelum melanjutkan pelajaran peringkat
ijazah dalam bidang Sains Makanan di universiti yang sama.
Selepas menamatkan pengajian pada tahun 2004, dia bekerja di sebuah agensi pertanian di ibu negara
sebagai pegawai teknikal dengan gaji permulaan RM1,800 bagaimanapun berhenti pada hujung
tahun lalu bagi memberi tumpuan terhadap tanaman cendawan.
Eruan berkata, berbekalkan modal sendiri dan bantuan ahli keluarga sebanyak RM3,000, dia dan keluarganya
elah memulakan projek penanaman cendawan tiram kelabu berhampiran rumahnya.
“Sepanjang empat hingga lima bulan pertama projek ini diusahakan, kami berjaya memperoleh pendapatan
purata sebanyak RM2,000 sebulan hasil daripada jualan sebanyak lima kilogram cendawan sehari ke pasar Dungun dan kedai-kedai makan sekitar.
“Namun, selepas mengambil keputusan untuk memperbesarkan projek penanaman ini beberapa bulan lalu,
kini jualan dan hasil pendapatan kami meningkat kepada RM3,000 hingga RM4,000 sebulan,” katanya. Dalam pada itu katanya, sepanjang mengusahakan projek cendawan tersebut, dia turut menghadapi pelbagai
masalah termasuk daripada segi bekalan, cara memproses dan juga serangan penyakit namun ia tidak
mematahkan semangatnya untuk terus berusaha.
Katanya, selain mengusahakan tanaman itu, dia turut menyediakan khidmat menjual peralatan tanaman
cendawan dan menawarkan kursus berkaitan pada yuran yang berpatutan.
Mereka yang berminat boleh menghubunginya di talian 019-6056213 untuk keterangan lanjut.


mawinworld
mawinworld
Latest page update: made by mawinworld , Nov 27 2008, 10:17 PM EST (about this update About This Update mawinworld Edited by mawinworld

339 words added

view changes

- complete history)
Keyword tags: None
More Info: links to this page
Started By Thread Subject Replies Last Post
Anonymous cendawan phg 3 May 15 2010, 5:58 AM EDT by badrulamin
 
Thread started: Jun 16 2009, 11:40 PM EDT  Watch
cam mana nak dapatkan bantuan kewangan utk mulakan projek cendawan
2  out of 2 found this valuable. Do you?    
Keyword tags: None
Show Last Reply
Anonymous contoh kertas kerja projek cendawan tiram kelabu 1 Mar 26 2010, 7:18 AM EDT by Anonymous
 
Thread started: May 12 2009, 4:27 AM EDT  Watch
aslm,boleh tlg send contoh kertas kerja projek cendawan tiram kelabu ke email hurricane_lola @yahoo.com
-umairah 22thn-
51  out of 51 found this valuable. Do you?    
Keyword tags: None
Show Last Reply
Anonymous berkenaan rancangan perniagaan 1 Jul 24 2009, 10:48 AM EDT by mawinworld
 
Thread started: May 3 2009, 7:21 AM EDT  Watch
tlg kongsi cara anda myediakan rp ini
2  out of 2 found this valuable. Do you?    
Keyword tags: None
Show Last Reply
Showing 3 of 5 threads for this page - view all