Tanam cendawan drp bahan terbuang
ALOR STAR 14 Sept. - Hendak seribu daya, tidak mahu seribu dalih. Itulah perumpamaan yang
menjadi pegangan Nordin Ahmad yang kini muncul sebagai pengusaha cendawan tiram berjaya. Nordin, 48, yang tidak pernah kenal erti patah semangat, gigih mengusahakan tanaman itu
walaupun tidak mempunyai sebarang peralatan yang moden dan canggih.
Bapa kepada tiga orang anak itu cuma menggunakan kreativiti sendiri mencari barang-barang
terpakai untuk membina sebuah bengkel bagi menempatkan tanaman yang semakin disukai
ramai itu.Nordin sebelum ini bekerja sebagai pemandu lori nekad menjual lorinya dengan harga
RM21,000 untuk dijadikan modal permulaan.
Pada awal tahun lalu, dia berjaya membina sebuah bengkel yang boleh memuatkan sehingga
kira-kira 20,000 beg cendawan. ”Saya cari semua bahan-bahan terpakai seperti kayu, asbestos
dan kanvas yang dibuang penduduk di sekitar kampung untuk membina bengkel ini.
”Malah, tempat untuk mengukus (wap) beg-beg yang telah diisi dengan benih juga saya gunakan
tong-tong minyak yang tidak digunakan lagi,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Hasilnya, dia kini mempunyai 15,000 beg cendawan yang sedia untuk dituai pada bila-bila masa.
”Walaupun saya buat secara kecil-kecilan tapi saya berpuas hati kerana kualiti cendawan saya
setanding dengan cendawan lain yang penanamannya menggunakan peralatan yang lebih moden
dan canggih. ”Malah, ada juga pelanggan datang terus membeli di rumah selain dijual di pasar
sekitar daerah ini,” katanya yang membina bengkel ini bersebelahan rumahnya di Bukit Tinggi,
Kepala Batas di sini.
Tambahnya, permintaan cendawan tiram yang mempunyai rasa seakan-akan ayam goreng itu
amat menggalakkan sehingga melebihi penawaran dan dia sering kehabisan stok walaupun ia
dituai antara lapan hingga 10 kali dalam sehari.
Menurutnya, dia yang berhasrat membesarkan perusahaannya sering kali terbatas disebabkan
tenaga kerja yang terhad.”Saya mengusahakan tanaman ini secara manual. Campuran habuk
kayu, dedak dan kapur pertanian diisi dalam beg-beg plastik hanya mengguna tulang empat kerat
ini. ”Saya hanya mampu menyiapkan 500 beg dalam sehari. Ternyata jumlah itu terlalu sedikit jika
dibandingkan dengan permintaan yang semakin hari semakin meningkat,” jelasnya.
Dia pernah berusaha untuk mendapatkan dana dan peralatan yang lebih moden daripada beberapa
jabatan kerajaan namun sehingga kini permohonan tersebut masih belum menampakkan hasil.
Dalam pada itu, dia tetap bersyukur kerana hasratnya untuk meneruskan perniagaan tersebut
menarik minat anak gadisnya, Nur Hidayah, 21, yang mempunyai kelulusan Diploma Elektronik.
”Sedikit sebanyak, dapatlah meringankan tugas saya kerana Nur Hidayah juga cepat belajar dan
boleh diharap untuk mengusahakan tanaman ini,” ujarnya yang menggunakan rak ciptaannya
untuk penanaman cendawan tersebut.
|
Anonymous |
|
ingin tahu...
|
1 |
Mar 10 2009, 10:52 AM EDT by
|
|
|
Thread started: Feb 27 2009, 3:51 AM EST
Watch
macam mana nak peroleh habuk kayu dan jenis gred kayu apa yang kita akan gunakan untuk penanaman cendawan ini... adakah habuk kayu itu tidak mengandungi bahan kimia yang mencegah penumbuhan cendawan itu nanti.
2
out of
2 found this valuable.
Do you find this valuable?
Do you?
Show Last Reply
|
|
Last Reply:
RE: ingin tahu...
By: ,
Mar 10 2009, 10:52 AM EDT
habuk kayu getah biasanya digunakan. saya ada seorang kawan di sabah guna habuk kayu lain. pengeluarannya sama. habuk kayu mesti dari sawmill balok kayu
out of
found this valuable.
Do you find this valuable?
|
|
Showing 1 of 1 threads for this page