Pulangan cendawan sangat lumayan
MUAR: Pendapatan bulanan melebihi RM1,000 bagi setiap 10 peserta projek berkelompok tanaman cendawan di Kampung Parit Simpang, dekat sini membuktikan bahawa projek itu berjaya menjana hasil lumayan. Projek itu yang dijalankan sejak kira-kira tiga tahun lalu di bawah Projek Pembangunan Pertanian Pagoh (PPPP) berjaya mencapai sasaran bagi meningkatkan pendapatan petani di kawasan berkenaan. Semua peserta itu yang mendapati bantuan dan latihan Jabatan Pertanian, pada mulanya terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah termasuk penyakit cendawan, namun hasil kegigihan mereka berjaya menjayakan projek berkenaan. Kini projek itu bukan saja menjadi kebanggaan penduduk di kawasan berkenaan, malah turut menjadi lokasi untuk bengkel latihan dan penganjuran lawatan bagi mereka yang berminat menjalankan projek tanaman berkenaan. Projek berkelompok itu dikatakan antara yang paling berjaya sehingga sering menerima lawatan petani dari Perak dan Selangor untuk mencontohi kejayaannya. Ketua Kelompok PPPP, Tudin Misran, berkata setiap hari pihaknya berjaya menuai kira-kira 100 kilogram cendawan tiram setiap hari membabitkan dua reban tanaman cendawan di kampung berkenaan. Katanya, hasil tanaman cendawan itu yang mencecah sehingga tiga tan sebulan dijual dengan harga borong RM6 sekilogram untuk pasaran tempatan sehingga ke Kuala Lumpur. “Projek tanaman cendawan itu memberikan hasil lumayan apabila setiap peserta projek mampu memperoleh pendapatan lebih RM1,000 sebulan dan pihaknya merancang untuk meningkatkan hasil sehingga tidak kurang RM2,000 sebulan,” katanya. Katanya, projek tanaman cendawan itu mempunyai potensi untuk dibangunkan lagi bagi memastikannya memberi peluang pekerjaan di kawasan kampung dan pada masa yang sama mengembangkan lagi industri asas tani. Beliau mengakui bahawa kejayaan projek itu menjadi contoh bahawa kerjaya sepenuh masa sebagai petani boleh memberi hasil dan pendapatan yang tinggi jika diusahakan dengan bersungguh -sungguh. Tudin berkata, tanaman cendawan yang boleh dikembangkan memberi nilai tambah iaitu dijadikan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk dijadikan sos dan makanan ringan menyebabkan pihaknya mengambil langkah untuk turut menghasilkan sos cendawan sendiri. Katanya, pada masa ini projek sos cendawan itu dijalankan di rumahnya sendiri untuk pasaran kawasan sekitarnya dengan harga RM2.50 sebotol dan pihaknya merancang untuk mengembangkan lagi projek berkenaan.
|
Anonymous |
|
Beg/bongkah cendawan sedia mengeluarkan hasil
|
0 |
Jun 23 2009, 2:51 PM EDT by
Anonymous |
|
|
Thread started: Jun 23 2009, 2:51 PM EDT
Watch
Bagi yang baru atau yang lama telah menceburi industri cendawan tetapi tidak cukup stok bagi persediaan puasa atau yang ingin perusahaan cendawan mudah dan cepat, tiada steamer ...?
hubungi saya bagi mendapatkan bongkah-bongkah cendawan yang sedia untuk mengeluarkan hasil (anggaran 2 bulan ) di talian ..[B]mizi 019 3333121 atau sukri 019 2741297[/B]... kami mempunyai stok yang berkualiti dalam 30,000 bongkah .. lokasi kami di Bangi.
Harga Bongkah Rm 1.50 /bongkah dan boleh runding mengikut kuantiti:D[/QUOTE]
1
out of
1 found this valuable.
Do you find this valuable?
Do you?
|
|
Anonymous |
|
sgt berminat
|
0 |
Mar 18 2009, 4:44 AM EDT by
Anonymous |
|
|
Thread started: Mar 18 2009, 4:44 AM EDT
Watch
saya berumur 23 tahun dan masih belajar tp saya amat berminat dlm perusahaan cendawan ini. apakah langkah pertama yang perlu saya ambil untuk menceburi bidang ini secara sambilan untuk semntra waktu ini dan seterusnya secara komersial setelah habis belajar nanti. siapa yang dpt membantu saya dalam membantu saya sebagai rujukan perusahaan ini dari segi pinjaman modal perusahaan dan pada siapa yang perlu saya rujuk untuk pergi ke khursus-khursus perusahaan cendawan ini. reply ke e-mail saya ieyajuliet@yahoo.com
out of
found this valuable.
Do you find this valuable?
|
Showing 2 of 2 threads for this page