Projek cendawan beri pulangan lumayanThis is a featured page




MUAR: Pendapatan bulanan melebihi RM1,000 bagi setiap 10 peserta projek berkelompok tanaman cendawan di Kampung Parit Simpang, dekat sini membuktikan bahawa projek itu berjaya menjana hasil lumayan. Projek itu yang dijalankan sejak kira-kira tiga tahun lalu di bawah Projek Pembangunan Pertanian Pagoh (PPPP) berjaya mencapai sasaran bagi meningkatkan pendapatan petani di kawasan berkenaan.

Semua peserta itu yang mendapati bantuan dan latihan Jabatan Pertanian, pada mulanya terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah termasuk penyakit cendawan, namun hasil kegigihan mereka berjaya menjayakan projek berkenaan. Kini projek itu bukan saja menjadi kebanggaan penduduk di kawasan berkenaan, malah turut menjadi lokasi untuk bengkel latihan dan penganjuran lawatan bagi mereka yang berminat menjalankan projek
tanaman berkenaan.

Projek berkelompok itu dikatakan antara yang paling berjaya sehingga sering menerima lawatan petani dari Perak dan Selangor untuk mencontohi kejayaannya. Ketua Kelompok PPPP, Tudin Misran, berkata setiap hari pihaknya berjaya menuai kira-kira 100 kilogram cendawan tiram setiap hari membabitkan dua reban tanaman cendawan di kampung berkenaan. Katanya, hasil tanaman cendawan itu yang mencecah sehingga tiga tan sebulan dijual dengan harga borong RM6 sekilogram untuk pasaran tempatan sehingga ke Kuala Lumpur.

“Projek tanaman cendawan itu memberikan hasil lumayan apabila setiap peserta projek mampu memperoleh pendapatan lebih RM1,000 sebulan dan pihaknya merancang untuk meningkatkan hasil sehingga tidak kurang RM2,000 sebulan,” katanya. Katanya, projek tanaman cendawan itu mempunyai potensi untuk dibangunkan lagi bagi memastikannya memberi peluang pekerjaan di kawasan kampung dan pada masa yang sama mengembangkan lagi industri asas tani.

Beliau mengakui bahawa kejayaan projek itu menjadi contoh bahawa kerjaya sepenuh masa sebagai petani boleh memberi hasil dan pendapatan yang tinggi jika diusahakan dengan bersungguh-sungguh. Tudin berkata, tanaman cendawan yang boleh dikembangkan memberi nilai tambah iaitu dijadikan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk dijadikan sos dan makanan ringan menyebabkan pihaknya mengambil langkah untuk turut menghasilkan sos cendawan sendiri. Katanya, pada masa ini projek sos cendawan itu dijalankan di rumahnya sendiri untuk pasaran kawasan sekitarnya dengan harga RM2.50 sebotol dan pihaknya merancang untuk mengembangkan lagi projek berkenaan.



mawinworld
mawinworld
Latest page update: made by mawinworld , Oct 6 2008, 12:14 AM EDT (about this update About This Update mawinworld Edited by mawinworld

3 words deleted

view changes

- complete history)
Keyword tags: None
More Info: links to this page
Started By Thread Subject Replies Last Post
Anonymous hidup cendawan 1 Mar 11 2012, 8:42 PM EDT by Anonymous
 
Thread started: Jan 20 2010, 11:56 PM EST  Watch
baguss.. HIDUP CENDAWAN!!!!! Aku SUPPORT CENDAWAN
3  out of 3 found this valuable. Do you?    
Show Last Reply
Anonymous INA 0 Feb 17 2009, 12:20 AM EST by Anonymous
 
Thread started: Feb 17 2009, 12:20 AM EST  Watch
BAGAIMANA PROSES NAK BUAT SOS
2  out of 3 found this valuable. Do you?    
Keyword tags: None (edit keyword tags)

Anonymous  (Get credit for your thread)


Showing 2 of 2 threads for this page