Pengusaha cendawan perlu ilmu mencukupi
Industri cendawan kini bukan sahaja terdiri daripada petani semata-mata tetapi melibatkan
pelbagai golongan profesional.Ini menunjukkan industri cendawan semakin mendapat
tempat dalam masyarakat kerana konsep penanaman ringkas dan kemas serta
memberikan pulangan lumayan.
Walaupun bilangan pengusaha cendawan semakin hari semakin ramai, namun tidak ramai
pengusaha yang arif tentang teknik penjagaan cendawan dan pengurusan kewangan dan
peka terhadap kesan pengabaiannya.
Dalam usaha merealisasikan pertanian sebagai perniagaan, pengusaha atau bakal pengusaha
perlu mengetahui teknik penanaman serta konsep penjagaan cendawan yang betul.Ini bagi
membolehkan pengusaha cendawan mengurangkan kadar kerosakan cendawan selain
mendapat keuntungan dan hasil maksimum.
Konsep penanaman yang dimaksudkan termasuklah teknik dan kemahiran penyediaan beg
media (tempat membiak cendawan) tidak berpenyakit, pengukusan dan pemeraman sempurna,
pengawalan penyakit dan kebersihan, pengudaraan rumah cendawan teknik penuaian serta
pemasaran.Namun bagi pengusaha yang ingin menjalankan perusahaan ini secara komersial,
mereka perlu mendapat pendedahan tentang cara penggunaan mesin dan peralatan yang
digunakan dalam industri ini seperti mesin penggaul, mesin pengisi beg media dan mesin
pengukus.
Melalui latihan dan kursus bimbingan, pengusaha akan didedahkan tentang ramalan pendapatan
yang bakal diperoleh oleh mereka. Purata pendapat pengusaha cendawan kini boleh mencecah
RM3,000 sebulan jika pengusaha memulakan penanaman cendawan sebanyak 12,000 beg media.
Ini menunjukkan pendapatan yang diperoleh oleh pengusaha setanding dengan perusahaan dan
industri lain.
Bagi memberi pendedahan lengkap tentang teknik penanaman cendawan, beberapa kursus
diadakan oleh pelbagai pihak di beberapa kawasan. Antaranya kursus anjuran Perintis Agrotech
Centre pada 30 Mac 2008 bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.Mereka yang inginkan
maklumat lanjut mengenai Kursus Intensif Penanaman Cendawan ini boleh menghubungi
talian 019-3311298 atau 019-6634527.
Satu lagi kursus asas pengeluaran cendawan tiram kelabu akan diadakan di Rumah Cendawan,
Unit Tanaman Cendawan, Seksyen Penyelidikan dan Agroteknologi, Taman Pertanian Universiti
Putra Malaysia. Kursus yang diadakan pada 5 hingga 6 April 2008 dianjurkan oleh Unit Tanaman
Cendawan, Seksyen Penyelidikan dan Agroteknologi, Taman Pertanian Universiti, UPM. Bagi
mereka yang berminat boleh menghubungi 03-8946 7286/87 atau 012-394 8719
Pusat Latihan dan Kajian Atiqah Trading Agrotech juga akan menganjurkan Kursus Intensif
Penanaman Cendawan pada 29 hingga 30 Mac 2008, di ladang Al-Fadtullah Mushroom
Tanjong Malim, Perak. Pada kursus tersebut, peserta akan didedahkan tentang cara
penanaman cendawan dari segi teori dan juga praktikal oleh pemilik ladang Dr.Johari.
Untuk keterangan lanjut boleh hubungi Dr. Johari dan atau di talian 05- 4541635 atau
019-3544888.
|
Anonymous |
|
Kursus Pembiakan Cendawan Tiram
|
0 |
Oct 24 2009, 9:02 PM EDT by
Anonymous |
|
|
Thread started: Oct 24 2009, 9:02 PM EDT
Watch
Kursus Pembiakan Cendawan Tiram... Tarikh : 1,8 & 15 NOV 2009 Hari : Ahad Tempat : UKM Bangi Yuran : RM300 Call : 019-3087960
out of
found this valuable.
Do you find this valuable?
|
|
Anonymous |
|
Kursus Penanaman Cendawan
|
1 |
Jul 24 2009, 9:44 AM EDT by
|
|
|
Thread started: Jun 30 2009, 1:44 AM EDT
Watch
Assalamualaiku. Harap dapat pihak tuan hantarkan kepada saya maklumat mengenai kursus penanaman cendawan yang pihak tuan anjurkan. Terima kasih.
out of
found this valuable.
Do you find this valuable?
Show Last Reply
|
|
Last Reply:
RE: Kursus Penanaman Cendawan
By: ,
Jul 24 2009, 9:44 AM EDT
Waalaikumsalam, pihak gerbang agrotek tidak menganjurkan kursus cendawan, tapi silalah layari di http://4.bp.blogspot.com/_diTWH9F-nWc/Sky0DDSJp9I/AAAAAAAAE5E/Jy_2n7NJ2Js/s1600-h/gview.png untuk kursus terkini
out of
found this valuable.
Do you find this valuable?
|
|
|
Anonymous |
|
assalamualikum..
|
1 |
Jul 24 2009, 9:14 AM EDT by
|
|
|
Thread started: Jul 21 2009, 10:16 PM EDT
Watch
urmm...boleyy syerr taoo list trbaru tempat2 kursus tanaman cndawan neyh??
out of
found this valuable.
Do you find this valuable?
Show Last Reply
|
|
Last Reply:
RE: assalamualikum..
By: ,
Jul 24 2009, 9:14 AM EDT
waalaikum salam, silalah layari di http://4.bp.blogspot.com/_diTWH9F-nWc/Sky0DDSJp9I/AAAAAAAAE5E/Jy_2n7NJ2Js/s1600-h/gview.png, tq
out of
found this valuable.
Do you find this valuable?
|
|
Showing 3 of 4 threads for this page
-
view all