Inovasi baru bungkus buahThis is a featured page

Perkembangan industri pertanian yang semakin rancak sekarang banyak didorong oleh penglibatan
semakin ramai pihak dan memerlukan banyak input memandangkan permintaannya semakin tinggi.
Penggunaan tenaga buruh sebagai contoh juga bertambah menyebabkan kos pengeluaran meningkat
terutama di ladang buah-buahan yang tidak menggunakan jentera atau mesin secara optimum.

Ladang buah-buahan seperti belimbing, jambu dan nangka memerlukan tenaga buruh yang banyak
bagi kerja-kerja membungkus buah-buahan. Pembungkusan buah-buahan perlu bagi mengelakkannya
diserang serangga perosak lalat buah.Serangan lalat buah akan menyebabkan buah-buahan tempatan
sukar menembusi pasaran antarabangsa.

Justeru seorang pensyarah Jabatan Reka Bentuk Industri, Fakulti Reka Bentuk dan Arkitektur, Universiti
Putra, Serdang, Selangor, Nik Aizan Nik Abdullah telah menjalankan kajian bagi membantu petani
menyelesaikan masalah tenaga buruh. “Menyediakan pembungkus bagi menghalang serangan
serangga perosak lalat buah merupakan kerja yang remeh.

“Petani biasanya menggunakan kertas surat khabar lama sebagai pembalut buah,” katanya semasa
pameran Ekspo Reka Bentuk, Penyelidikan dan Inovasi, UPM di Serdang, Selangor, baru-baru ini.
Kertas yang digunakan perlu dilipat menggunakan dawai kokot sebelum dibungkus pada buah dan
diikat menggunakan dawai. Kertas surat khabar lama ini biasanya akan koyak apabila terkena air
hujan dan cahaya matahari pada masa satu hingga dua minggu. Semua tugas yang remeh dan
cerewet memerlukan tenaga buruh yang banyak dan meningkatkan kos pengeluaran.

“Kajian yang dijalankan mendapati kertas biodegredasi (reput secara semula jadi) lebih baik digunakan
untuk membalut buah. “Selain mesra alam, kertas berkenaan tidak menggunakan dakwat yang toksik
kepada kesihatan manusia,” katanya. Menggunakan kertas biodegredasi, Nik Aizan mengaplikasikan
kaedah origami bagi melipat kertas. Kertas yang dilipat sehingga kepada saiz tertentu akan mudah
digunakan bagi membalut buah seperti belimbing dan jambu. Kertas yang dapat menyerap
kelembapan ini akan semakin membesar apabila saiz buah semakin membesar sehingga
boleh dipetik.

Buat masa ini, Nik Aizan berkata, pihaknya boleh menghasilkan sehingga 10,000 keping pada satu-satu
masa.
Belum dikomersialkan, produk ini masih dalam kajian bagi meningkatkan lagi mutu dan kualitinya.
Ditanya mengenai peningkatan produk pembungkusan buah-buahan ini, Nik Aizan berkata, selain untuk
membungkus buah belimbing dan jambu, pihaknya akan menjalankan kajian bagi membungkus buah
nangka.Selain pembungkus belimbing, Aizan juga menghasilkan rak tempat meletakkan beg cendawan.

“Biasanya beg cendawan akan diletakkan bertimpa-timpa menyebabkan kurang pengudaraan. “Ini akan
menyebabkan beg cendawan tidak boleh digunakan dalam tempoh masa yang lama,” katanya.
Menggunakan teknik injection mold bagi menghasilkan rak tempat meletak cendawan daripada
bahan high density polyetilene yang ringan dan tahan lasak. Rak yang boleh diletakkan bertingkat-
tingkat ini boleh tahan lama jika diselenggara dengan baik.

“Menggunakan sistem interlock, rak ini bukan saja ringan dan senang diangkut tetapi juga senang disusun.
“Kajian kami juga menunjukkan dengan pengudaraan yang baik, cendawan yang ditanam kurang tercemar,”
katanya. Rak tempat cendawan ini masih dalam kajian dan masih belum dikomersialkan.



mawinworld
mawinworld
Latest page update: made by mawinworld , Oct 19 2008, 11:36 PM EDT (about this update About This Update mawinworld Edited by mawinworld

436 words added

view changes

- complete history)
Keyword tags: None
More Info: links to this page

Anonymous  (Get credit for your thread)


There are no threads for this page.  Be the first to start a new thread.