Hala tuju dan insentif industri cendawan di MalaysiaThis is a featured page

____________________________________________________________________________________________

1) LATARBELAKANG INDUSTRI CENDAWAN MASA KINI


JENIS2 CENDAWAN YANG DITANAM DIMALAYSIA

· Tanah tinggi- Jarum mas, bunga kobis, shiitake dan butang

· Tanah rendah- Tiram kelabu, putih, merah, kuning, abalone, sisik / kukur, telinga kera, jerami padi, Ling zhi dan

perut lembu

a) Cendawan adalah organisma hidup yang terdiri aripada kumpulan kulat yang berjana buah (fruiting body). Sebarang

usaha, proses, kaedah atau teknologi yang berkaitan organisma hidup ke arah mendapatkan produk yang bernilai

tinggi atau mendatangkan kebaikan kepada pengguna adalah dianggap sebarang bioteknologi.

b) Cendawan bukan sahaja digunakan sebagai sayuran, tetapi telah divarisikan sebagai bahan makanan dan produk

perubatan seperti minuman, produk kesihatan, produk penjagaan diri dan produk makanan ringan

c) Cendawan telah dikenalpasti sebagai satu industri berpontesi yang menyumbang kepada pendapatan Negara.


PERANAN JABATAN PERTANIAN

a) Jabatan pertanian memainkan peranan penting dalam pembangunan cendawan di Malaysia.

b) Sejak tahun 70 an lagi, jabatan pertanian telah menerajui perkembangan penanaman cendawan di Malaysia dalam

mengalakkan penanaman cendawan dan meningkatkan usaha kea rah mencapai Pelan Imbangan Dagangan (BoT)

Cendawan Negara

c) Opsyen: Mengalakkan penanaman cendawan, meningkatkan daya saing dan meningkatkan produktiviti cendawan

d) Dalam tempoh 6 tahun (2000-2005) jabatan tekah mengeluarkan benih cendawan sebanyak 31,431 botol yang

menghasilkan 60,000 kg cendawan. Seramai 872 orang telah diberikan khusus dalam tempoh itu.



____________________________________________________________________________________________


2) HALA TUJU INDUSTRI CENDAWAN DI MALAYSIA

a) Faedah pusat pembangunan cendawan

· Meningkatkan bilangan usahawan yang terlibat dalam industri cendawan

· Menambahkan pendapatan usahawan cendawan yang terlibat dengan pengunaan teknologi yang dikenalpasti mampu meningkatkan kualiti cendawan

· Meningkatkan pengeluaran hasil unutk pasaran tempatan dan eksport cendawan serta mengurangkan kadar import cendawan

· Memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan yang berdekatan kawasan projek cendawan

· Mengalakan pembangunan industri hiliran dan industri yang berkaitan dengan indusrti cendawan seperti

industri-industri pengeluaran makanan, farmaseutikal, pelancongan pertanian, pengangkutan dan pembungkusan.


____________________________________________________________________________________________


3) GALAKAN PELABURAN YANG DISEDIAKAN

a) Jenis insentif fiscal

· Pengecualian cukai pendapatan

· Potongan Elaun Pelaburan

· Potongan ke atas Perbelanjaan Modal

· Insentif2 lain (Tuntutan kpd LHDN)

o Elaun Pelaburan Semula (RA)

o Elaun Modal dipercepatkan (ACA)

o Elaun Pertanian (AA)

o Elaun Bangunan Perindustrian (IBA)

o Elaun Infrastuktur (IA)

o Potongan ke atas perbelanjaan modal

o Lain2 insentif untuk R & D

o Pelbagai insentif untuk mengalakkan eksport

o Pelbagai insentif untuk latihan

o Potngan 2X untuk perbelajaan mendapatkan Sijil Halal / Sijil Kualiti / Akreditasi

b) Insentif bukan fiscal

· PINJAMAN

· GERAN

· BANTUAN TEKNIKAL

· PEGAWAI DAGANG

· BURUH ASING

· KHIDMAT PERUNDINGAN

· LATIHAN / KHUSUS


c) Jabatan yang menyedikan insentif

·
Kementerian Pertanian dan industri asas tani (MOA)

o Dibawah Jabatan Pertanian; RM20,000/Projek, latihan dan bimbingan, khidmat nasihat teknikal dan kepakaran serta
bekalan benih

· Bank Pertanian Malaysia

o Tujuan pembiaayan dibawah agensi ini adalah untuk mengalakkan pembangunan pertanian yang mampan. Tawaran

ini diberikan kepada syarikat yang mengusahakan projek2 pertanian.

· LHDN

· SME Bank

o Tujuan mewujudkan dana pinjaman di bawah agensi ini adlah untuk pembuatan proses produk pertanian

o Tawaran diberikan kepada syarikat dan pengusaha luar Bandar yang berpendapatan kurang dari RM 250,000.00

o Terdapat 3 jenis dana pinjaman (soft loan)- dana bank Negara iaitu Tabung Usahawan Baru, Tabung Ekonomi Desa

dan tabung Usahawan Siswazah

· SMIDEC

· MATRADE

· MIDF

d) Akta2 yang terlibat

· Akta penggalakan pelaburan 1986

· Akta cukai pendapatan 1967

o Insentif bagi potongan cukai / pengecualian cukai pendapatan

e) Akta Kastam 1967

f) Akta Cukai Jualan 1972

g) Akta Duti Eksais 1976

· Insentif bagi potongan cukai / pengecualian cukai jualan mesin / peralatan & Pengecualian duti import bahan mentah


____________________________________________________________________________________________


4) SYARIKAT-SYARIKAT

Syarikat2 yang melabur dalam industri cendawan dan telahmenerima insentif yang dikendalikan oleh MOA


Bil. Syarikat: 8
Keluasan Projek (Ha): 35
Kos Projek/Nilai Pelaburan: RM26.03j

____________________________________________________________________________________________

5) PENUTUP

a) Jabatan Pertanian meletakkan cendawan di bawah kategori tanaman industri supaya lebih banyak peluang dan insentif boleh diberikan kepada usahawan tani /syarikat yang terlibat

b) Sebagai sumber pertumbuhan baru bagi sektor pertanian, industri cendaan lebih berdaya saing dan produktif amat diperluakan supaya Negara boleh beranjak daripada kedudukan semasa menjadi pengeksport dan kurang mengimport

c) Penyelidikan dan pembangunan juga diberikan lebih tumpuan oleh Kerajaan dan agensi demi untuk memperhebatkan lagi industri cendawan di Malaysia



mawinworld
mawinworld
Latest page update: made by mawinworld , Dec 4 2007, 10:08 PM EST (about this update About This Update mawinworld Edited by mawinworld

1 word added

view changes

- complete history)
Keyword tags: None
More Info: links to this page
Started By Thread Subject Replies Last Post
Anonymous ingin tahu strategi pemasaran... 0 Oct 31 2009, 10:29 AM EDT by Anonymous
 
Thread started: Oct 31 2009, 10:29 AM EDT  Watch
saya ingin tahu apa strategi tentang syarikat ini???
sekurang2nya 3 strategi....
0  out of 1 found this valuable. Do you?    
Keyword tags: None (edit keyword tags)
Anonymous ok laaa 0 Oct 22 2009, 12:05 PM EDT by Anonymous
 
Thread started: Oct 22 2009, 12:05 PM EDT  Watch
good blog then
Do you find this valuable?    
Keyword tags: None (edit keyword tags)
Anonymous Kajian Tempatan Tahun 6 2 May 1 2009, 12:31 AM EDT by Anonymous
 
Thread started: Feb 10 2009, 8:53 PM EST  Watch
Sebenarnya,kawan saya amat suka makan cendawan.Namanya Aina Nazira,kalau boleh dia mahu awak tanam cendawan di tepi rumahnya.Bye...
5  out of 5 found this valuable. Do you?    
Keyword tags: izzati (edit keyword tags)
Show Last Reply

Anonymous  (Get credit for your thread)


Showing 3 of 5 threads for this page - view all