Pembiakan cendawan tiram kelabu secara komersial bukanlah satu proses yang sukar.
Ia cuma memerlukan suhu yang lembap, tidak terdedah pada cahaya matahari dan
kerja-kerja suntikan benih oleh pekerja mahir, organisma ini juga mempunyai pantang
larang yang perlu dipatuhi.
Dengan kalori yang rendah, tinggi kandungan protein, chitin, zat besi, zink, fiber, vitamin
dan mineral tiada siapa yang boleh menafikan kehebatan cendawan.Sejak lima dekad lalu,
organisma kecil seperti kulapuk cendawan, yis dan kulat memberi sumbangan yang besar
dalam dunia perubatan. Antibiotik pertama sendiri terdiri daripada ekstrak kulat.
Ubat penicillin, tetracylene dan auremycin terhasil daripada kulapuk cendawan. Organisma
ini turut digunakan untuk mengkomersialkan produk seperti roti, bir, keju asid organik dan
vitamin C. Pil vitamin C yang anda ambil selama ini juga berasal daripada ekstrak sejenis
kulapuk cendawan. Ini adalah antara khasiatnya yang tidak diketahui ramai.
Cendawan hakikatnya adalah salah satu sumber makanan yang baik untuk kesihatan.
Mengapa? Dengan kalori yang rendah, tinggi kandungan protein, chitin, zat besi, zink, fiber,
vitamin dan mineral, tiada siapa yang boleh menafikan kehebatan cendawan.Cendawan tiram
kelabu boleh dipelbagaikan dalam hidangan. Lantaran itu, tidak hairanlah cendawan yang
popular dalam kuisin masyarakat Cina kini sudah menghiasi kulinari dunia.
Di Malaysia populariti cendawan melonjak kerana permintaannya yang tinggi.Hari ini terdapat
pelbagai jenis cendawan di pasaran. Salah satu yang semakin popular ialah cendawan tiram
kelabu.Tetapi tahukah anda, cendawan tiram kelabu alah kepada bau-bauan dan asap seperti
minyak wangi dan asap rokok kerana ia boleh menjejaskan pertumbuhannya?
Malah tanaman tersebut juga memerlukan kelembapan suhu sekitar 28 darjah Celsius pada
waktu siang dan 25 hingga 26 darjah Celsius pada waktu malam. Berbeza dengan tumbuhan
lain yang memerlukan cahaya matahari yang banyak untuk melakukan proses fotosintesis,
cendawan memerlukan 90 peratus kegelapan bilik dan berkeadaan tertutup untuk ia membiak
dengan sihat.
Salah seorang pengusaha tanaman cendawan tiram kelabu di negeri Terengganu, Wan
Hassan Wan Nawang, 48, memberitahu tanaman cendawan memerlukan kelembapan
yang mencukupi untuk pertumbuhannya dan tidak memerlukan penjagaan yang sukar.
"Bagi memastikan tumbuhan itu mendapat kelembapan yang secukupnya saya telah
membina rumah cendawan yang dikenali sebagai green house atau rumah hijau.
"Rumah hijau itu diperbuat daripada daun nipah yang dijadikan atap dan dinding yang
berupaya memberi kelembapan secara semula jadi.
"Selain itu, pekerja-pekerja saya akan menyiram air ke atas lantai sebanyak dua kali
sehari bagi melembapkan suhu di dalam rumah hijau itu pada waktu pagi dan tengah
hari," katanya ketika ditemui di rumah cendawan miliknya yang terletak di Kampung
Bukit Jong, Tepoh, Kuala Nerus, Kuala Terengganu.Wan Hassan yang dibantu anak
lelaki sulungnya, Wan Hafizi Wan Hassan, 24, mengusahakan projek tanaman tersebut
sejak Oktober tahun lalu bersama 20 pekerja lain. KERJA-KERJA memasukkan penutup
dilakukan secara manual bagi memastikan silinder serbuk kayu mampat dan kemas.
Bekerja di rumah cendawan Wan Hassan, beliau mempunyai pantang larang tambahan
yang mungkin kedengarannya agak pelik. Jika di tempat kerja lain, memakai pewangi
digalakkan semasa bertugas tetapi di rumah hijau cendawan Wan Hassan mengharamkan
pekerja-pekerjanya daripada merokok dan memakai bau-bauan.
Peraturan itu penting bagi mengelakkan implikasi yang tidak diingini kepada tumbuhan itu
kerana ia amat sensitif kepada unsur-unsur tersebut."Cendawan tidak boleh terdedah
dengan asap atau bau-bauan yang terlalu kuat. Ini akan menjejaskan pertumbuhan dan
kualitinya. Saya amat menitikberatkan mutu produk yang dihasilkan," katanya.
Wan Hassan sekarang memiliki tiga buah rumah cendawan seluas 20 x 80 kaki setiap satu.
Ia berupaya memuatkan 30,000 bongkah kayu cendawan pada satu-satu masa.Lelaki ini
memulakan projek tanaman itu setelah mengikuti kursus yang dianjurkan oleh Jabatan
Pertanian Negeri Terengganu dan Jabatan Pertanian Muar, Johor yang banyak memberi
bimbingan dan nasihat kepadanya tentang projek tanaman itu.
Sebelum cendawan mengeluarkan hasilnya, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah
membuat bongkah yang merupakan tempat di mana tumbuhan itu akan dibiakkan.
Kerja-kerja membuat bongkah dilakukan oleh lapan orang pekerja Wan Hassan yang
bermula daripada memasukkan habuk kayu getah atau dedak padi halus yang dicampurkan
dengan kapur pertanian ke dalam mesin adunan khas sehingga sebati.
WAN HASSAN WAN NANG menunjukkan rumah cendawan yang menggunakan daun nipah
untuk memastikan suhu dingin. Wan Hassan berkata, adunan tersebut akan dimasukkan ke
dalam bungkusan plastik yang disediakan dengan anggaran berat satu kilogram bagi setiap
satu bungkus bongkah. "Kemudian, bongkah-bongkah tersebut akan ditutup dengan penutup
khas agar ia tidak dicemari bakteria-bakteria dari persekitaran luar.
"Bongkah-bongkah kayu tersebut perlu berada dalam keadaan sederhana lembap yang terdiri
daripada campuran air bagi menggalakkan pertumbuhan cendawan," katanya. Setiap hari
sebanyak 1,000 unit bongkah dapat dihasilkan sebelum dimasukkan ke dalam mesin pengewap
bagi menghapuskan bakteria yang terdapat pada bongkah-bongkah tersebut.
"Mesin pengewap itu mampu mensterilkan 1,000 unit bongkah kayu sehari untuk tempoh lapan
jam sebelum ia dibiarkan selama 48 jam di luar.
"Selepas tamat tempoh tersebut, bongkah-bongkah kayu itu akan diberi suntikan benih dengan
anggaran satu sudu besar benih cendawan kulat tiram kelabu melalui penutup khas yang akan
dibuka seketika untuk tujuan itu," katanya. Jelas beliau yang memperoleh benih cendawan dari
Johor dan Selangor, kerja-kerja suntikan itu akan dilakukan oleh seorang pekerja mahir.
"Ini kerana kerja-kerja suntikan adalah tugasan yang paling penting dan perlu dijaga rapi kerana
pada peringkat ini aspek kebersihan amat dititikberatkan dan kecuaiannya boleh menyebabkan
penghasilan benih yang kurang baik."Oleh itu, pekerja tersebut perlu sentiasa berkeadaan bersih
dan memakai uniform khas. Sekiranya dia keluar dari bilik suntikan itu, dia dikehendaki memakai
pakaian lain.
Bilik suntikan juga perlu bersih," katanya yang mengakui proses menjaga cendawan bagaikan
menatang minyak yang penuh. Kemudiannya, setelah selesai tugasan menyuntik itu, cendawan
-cendawan itu akan dibawa masuk ke dalam rumah hijau dan diletakkan di atas rak-rak yang
ditetapkan.
Seorang pekerja akan mencatat rekod seperti tarikh masuk dan tempoh bila ia akan dibuka.
Cendawan kulat tiram kelabu akan mengeluarkan hasilnya yang pertama pada hari ke-50 dan
ke-60 iaitu apabila penutupnya boleh dibuka dan hasilnya dapat dipungut. Seterusnya, penutup
tersebut akan ditutup semula dalam tempoh seminggu sebelum ia dibuka semula bagi
mendapatkan hasil yang seterusnya.
|
Anonymous |
|
KURSUS PEMBIAKAN CENDAWAN TIRAM
|
0 |
Oct 24 2009, 8:30 PM EDT by
Anonymous |
|
|
Thread started: Oct 24 2009, 8:30 PM EDT
Watch
Kursus Pembiakan Cendawan Tiram... Tarikh : 1,8 & 15 NOV 2009 Hari : Ahad Tempat : UKM Bangi Call : 019-3087960
out of
found this valuable.
Do you find this valuable?
|
Showing 1 of 1 threads for this page