Baka benih cendawan baruThis is a featured page

Katanya, sebelum ini beliau menghasilkan benih cendawan melalui kaedah pembenihan tisu, tetapi pada masa yang sama, mencuba beberapa kaedah baru yang boleh menghasilkan cendawan bermutu tinggi.

"Saya berjaya menghasilkan cendawan TB2 ini kira-kira tiga bulan lalu selepas mengkajinya beberapa tahun. Saiz cendawan ini lebih besar serta `payung'nya lebih tebal berbanding cendawan tiram yang biasa kita lihat di pasaran.

"Benih ini sudah diusahakan oleh seorang penanam cendawan di Muar dan pada tuaian pertama baru-baru ini TB2 yang beliau tanam menghasilkan lebih 200 kilogram," katanya.

Tian berkata, benih TB2 itu mencapai tempoh matang dan sedia untuk dituai dalam tempoh hanya antara 30 ke 40 hari berbanding benih cendawan terdahulu yang mengeluarkan hasil selepas 60 hingga 70 hari.

Katanya, untuk menghasilkan TB2 beliau mengambil spora cendawan tiram kelabu dan tiram putih yang kemudian dikacukkan.

"Setiap bekas boleh menghasilkan antara 400 hingga 600 gram berbanding cendawan tiram biasa yang hanya 200 hingga 300 gram dan bekas yang sama juga boleh menghasilkan sehingga lapan kali tuaian.

"Tempoh untuk TB2 bercambah semula juga agak singkat iaitu hanya seminggu berbanding dua minggu bagi benih cendawan tiram terdahulu," katanya.

Tian yang juga bekas Pengarah Sekolah Henry Gurney, Melaka, berkata beliau mula berminat mengkaji benih cendawan selepas menyedari semakin ramai yang mengusahakan tanaman itu.

"Saya menjalankan kajian demi kajian selepas mengetahui tanaman cendawan berisiko diserang penyakit dan beberapa kaedah yang saya jalankan berjaya mengatasi masalah itu.

"Saya akan terus membuat kajian kerana yakin usaha saya dapat membantu industri pertanian negara dan percaya benih yang dihasilkan mampu menambah pengeluaran cendawan tiram yang permintaannya semakin meningkat," katanya.

Beliau juga sedia berkongsi maklumat serta kemahiran dengan pengusaha tanaman cendawan tiram.

Pengusaha yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai TB2 boleh menghubungi 07-4676196 atau 012-6218317.

Selain TB2 beliau turut menghasilkan cendawan untuk perubatan antaranya cendawan telinga kera dan cendawan teh.

Oleh Mohd Roji Abdullah

Sumber: Berita Harian 4 Julai, 2006


mawinworld
mawinworld
Latest page update: made by mawinworld , Feb 11 2008, 8:56 PM EST (about this update About This Update mawinworld Edited by mawinworld

307 words added

view changes

- complete history)
Keyword tags: benih cendawan
More Info: links to this page
Started By Thread Subject Replies Last Post
Anonymous dikacukan 1 Jul 24 2009, 10:20 AM EDT by mawinworld
 
Thread started: May 26 2009, 6:47 AM EDT  Watch
Saya dari Indonesia mau menanyakan maksud anda dikacukan itu apa dan bagaimana caranya? Berapa lama porosesnya, terima kasih
2  out of 2 found this valuable. Do you?    
Keyword tags: dikacukan (edit keyword tags)
Show Last Reply
Anonymous jangkitan kulat @ fungus pada bongkah yang telah dibenih 1 Jul 24 2009, 10:17 AM EDT by mawinworld
 
Thread started: May 28 2009, 5:27 AM EDT  Watch
Perusahaan kami mengalami masalah jangkitan kulat @ fungus yang berwarna hijau atau hitam.
Bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah jangkitan kulat @ fungus ini?
4  out of 4 found this valuable. Do you?    
Keyword tags: None (edit keyword tags)
Show Last Reply

Anonymous  (Get credit for your thread)


Showing 2 of 2 threads for this page