TEKNOLOGI MAJUKAN INDUSTRI CENDAWAN AKTIVITI penanaman cendawan kini semakin mendapat sambutan yang menggalakkan dari kalangan
pengusaha bidang pertanian. Namun, disebabkan industri tersebut masih baru di negara ini, ia memerlukan
sokongan dan bantuan dari pelbagai pihak untuk memastikannya terus berkembang.
Sebenarnya, industri berkenaan mampu untuk berkembang disebabkan ia menerima permintaan yang sangat
menggalakkan dari kalangan pengguna.Ini kerana tumbuhan dari spesies kulat tersebut bukan sahaja boleh
digunakan sebagai makanan, malah ia turut digunakan untuk menghasilkan makanan hiliran lain seperti jus,
sambal cendawan dan juga serunding cendawan.
Bagi mencari platform bagaimana aktiviti penanaman cendawan dapat diperkembangkan melalui penggunaan
teknologi dan inovasi terkini, Universiti Malaya (UM) baru-baru ini telah menganjurkan Persidangan Dan Pameran
Cendawan Malaysia 2008 (MMCF 2008) Program yang dikelolakan oleh Pusat Penyelidikan Cendawan (MRC)
UM itu telah mendapat kerjasama dari Persatuan Cendawan Malaysia (MAM) dan juga Jabatan Pertanian.
Selain jualan dan pameran cendawan, program tersebut juga telah menunjukkan demonstrasi memasak resipi
cendawan, penjagaan kit cendawan segera dan teknik penanaman cendawan kepada para pengunjung.
Menurut Timbalan Dekan Penyelidikan Fakulti Sains UM, Prof. Dr. Rauzah Hashim, melalui persidangan
seperti itu, golongan seperti pakar-pakar, penyelidik dan juga pengusaha dapat bertukar-tukar pendapat
untuk memajukan sektor tersebut melalui sumber-sumber yang ada.
"Inisiatif seperti ini secara tidak langsung dapat mempromosikan penyelidikan dan pembangunan cendawan melalui
aplikasi."Ia juga bakal memberi manfaat kepada ekonomi negara dan berpotensi untuk menyumbang kepada jaminan
kualiti makanan serta kesihatan masyarakat," katanya selepas merasmikan program tersebut di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Untuk membangunkan industri berkenaan, ia bukan sahaja bergantung kepada teknik pelaksanaannya, malah perkongsian
kerjasama dengan negara-negara lain juga penting agar ia dapat dilakukan dengan berjaya melalui pelaburan kos yang efektif.
Negara kita perlu mengambil pengalaman dari negara-negara pengeluar cendawan seperti Jepun, China, Amerika Syarikat
dan juga New Zealand.
Antara jenis cendawan yang di tanam di Malaysia adalah dari spesies tiram kelabu, tiram putih, jeli hitam dan juga bunga kubis.
Setakat ini, MRC telah menghasilkan beberapa kepakaran sistematik melibatkan industri cendawan dari segi bioteknologi,
biodiversiti, kesihatan, pertanian dan alam sekitar.
Sementara itu, Pengerusi jawatankuasa penganjur persidangan berkenaan, Prof. Dr. Vikineswary berkata, rakyat Malaysia
perlu mengamalkan memakan cendawan kerana selain mempunyai khasiat yang tinggi, ia juga mempunyai kebaikan dari
segi kesihatan."Makan cendawan secara segar adalah paling digalakkan bagi mendapatkan keseluruhan nutriennya,'' katanya.
Menurut beliau, bagi merangsang pertumbuhan industri berkenaan, kerjasama antara universiti dan institusi pengajian tinggi
(IPT) juga penting bagi mewujudkan pelbagai aktiviti dalam kajian mengenai penanaman cendawan. Antara aktiviti yang boleh
dilaksanakan adalah seperti seminar, bengkel, pesta dan juga perkhidmatan bantuan kepada pengusaha yang berminat.
Mengambil contoh UM, mereka ada menjalankan usaha sama dengan beberapa universiti dari luar negara seperti New Zealand
dan San Francisco dalam bidang-bidang berkaitan.
Selain itu, universiti tersebut juga melatih lebih kurang 50 pelajar siswazah yang berminat untuk mendalami kajian cendawan
dalam pelbagai aspek."Kajian-kajian yang dijalankan adalah seperti kandungan enzim di dalam cendawan, teknik penanaman
selain mencari spesies-spesies baru di dalam hutan untuk penyelidikan yang lebih terperinci,'' jelasnya
Sebenarnya, tidak semua spesies cendawan boleh ditanam di Malaysia kerana proses pertumbuhan dan khasiat cendawan
adalah bergantung kepada iklim sesebuah negara.
Justeru, untuk mencari kesesuaian berkenaan, peranan persatuan dan badan penyelidik adalah sangat penting bagi meningkatkan
stimulasi pembiakan dan seterusnya mengekalkan khasiatnya. Di samping itu, agensi-agensi seperti Institut Penyelidikan dan
Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Jabatan Pertanian, persatuan-persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga
harus memberi sokongan penuh terhadap usaha berkenaan.
Sehingga penghujung tahun lalu, sebanyak 334 ladang cendawan telah diusahakan di negara ini yang melibatkan tanaman
secara komersial dan juga secara persendirian.
Daripada jumlah itu, terdapat enam syarikat yang melaksanakan projek berkenaan dalam skala yang besar iaitu melebihi
500 kilogram (kg) sehari manakala 57 syarikat melakukannya secara sederhana yang melibatkan hasil 50 hingga 500 kg sehari.
Sementara itu, sebanyak 260 pengusaha pula melaksanakannya secara kecil-kecilan dengan hasil yang dikeluarkan kurang
daripada 50 kg sehari.Johor merupakan negeri yang paling banyak mempunyai ladang penanaman cendawan dengan
jumlah keseluruhan 67 ladang.
Secara keseluruhannya, negara kita menghasilkan sebanyak 24,000 kg cendawan sehari dan jumlah itu tidak mampu
menampung permintaan yang tidak kurang dari 50,000 kg setiap sahari.
Perintis nugget cendawanPASIR MAS 15 Dis. - Suasana di tempat kerja yang tidak menggembirakan mendorong Rosmaizan Che Abdullah, 28, pulang ke kampung dan bertekad untuk berdikari. Bekas juruteknik di sebuah kilang di Selangor itu berharap dapat mengikut jejak langkah dua kakak dan seorang adiknya untuk menjadi peniaga atau usahawan biarpun masih belum pasti apa yang perlu diteroka. Selepas tertarik dengan rasa cendawan goreng yang dijamahnya, dia mula merasakan ia boleh dijadikan perusahaan jika dilakukan secara bersungguh-sungguh. Ini termasuk menambah keenakan dan mempelbagaikan rasanya dan juga pendekatan kreatif untuk memasarkannya. ”Saya memohon untuk menyertai kursus penanaman dan penyediaan pelbagai resipi daripada tumbuhan itu di bawah kendalian Jabatan Pertanian Negeri Kelantan di Lundang selama tiga hari pada Jun lalu,” ujarnya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Atas Pinggir, di sini, baru-baru ini. Katanya, sebaik sahaja selesai kursus berkenaan, dia memanfaatkan pengetahuan dengan cuba memproses cendawan termasuk sebagai masakan paprik, rojak, sup, jemput-jemput dan sos cendawan sambil mengajak rakan-rakan mencuba. ”Saya mendapati cendawan bersalut lebih menjadi kegemaran ramai dan memulakannya dengan hanya bermodal RM20 untuk membeli cendawan kelabu dan tepung dengan memasarkan secara kecil-kecilan bagi mempromosikannya,” ujarnya. Percubaan itu katanya, tidak sia-sia kerana kini cendawan itu yang banyak diusahakan oleh penduduk setempat dikatakan turut mempunyai banyak khasiat sudah mula digemari ramai. ”Melalui promosi yang dilakukan di ekspo-ekspo perdagangan di negeri ini, saya melihat ia mempunyai potensi besar, apatah lagi belum ada yang mengusahakannya setakat ini,” katanya. Justeru katanya, sejak diperkenalkan dengan jualan hanya 20 paket tiga bulan lalu, kini meningkat kepada lebih 100 paket yang diproses dari enam kilogram cendawan setiap hari. Cendawan itu katanya, diproses secara segar, dikukus kemudian disalut dengan adunan tepung berperisa lada sulah, lada hitam dan kari yang dijual RM3 bagi setiap peket seberat 160 gram. Mereka yang membeli, boleh menyimpan agak lama seperti produk dingin beku lainnya dan pengguna hanya perlu menggoreng dan seterusnya mencicahnya dengan sos yang juga berperisa cendawan. Menurutnya, dia sedang merancang untuk mengembangkannya termasuk menanam cendawan sendiri apabila sambutan daripada orang ramai meningkat sehingga 500 paket setiap hari di samping mengekarkan produknya di semua pasar raya di dalam dan luar Kelantan. BEKAS DOKTOR TANAM CENDAWAN SHIITAKECendawan satu ketika dulu hanyalah tumbuhan liar, yang banyak didapati pada kayu reput, atas tanah,
dalam hutan dan seperti kata pepatah, kelihatan selepas hujan.
Dengan kata lain, ciri-ciri tersebut menjadikan tumbuhan tersebut tidak mempunyai nilai komersial dan
hanya penting untuk makanan semata-mata.
Itu senario dulu tetapi dengan perkembangan sektor pertanian yang semakin memberangsangkan,
ramai menyedari bahawa cendawan sebenarnya satu tanaman industri yang berpotensi untuk menjana
ekonomi.
Malah, dengan perkembangan bidang bioteknologi, cendawan juga boleh dianggap penyumbang kepada
bidang tersebut kerana mempunyai nilai perubatan yang tinggi.
Berdasarkan statistik 2005, seorang penduduk negara ini makan hanya 324 gram setahun dengan
keperluan sebanyak 8,424 tan setahun.
Jabatan Pertanian bagaimanapun menyasarkan penggunaan cendawan sebagai makanan sebanyak dua
kilogram setahun. Ketika ini, pelbagai cendawan yang popular ditanam di negara ini antaranya Auricularia
sp (telinga kera /jeli hitam), Schizophyllum commune (cendawan kukur), Flammulina velutipes (jarum emas)
dan Agarcius braslllensis (cendawan butang), Spesies lain termasuk Ganoderma sp. (Ling zhi),
Hericum erinaceum (cendawan bunga kubis) Pleurotus cystidiosus (abalone); Pleurotus flabellatus
(tiram merah jambu); Pleurotus citrinopileatus (tiram kuning); Pleurotus florida (tiram putih) dan
Pleurotus sajor-caju (tiram kelabu).
Selain cendawan tiram kelabu yang popular sekarang, cendawan lain yang tidak kurang mendapat tempat
di kalangan pengusaha tanaman tersebut ialah shiitake.
Buktinya, seorang doktor perubatan dan keluarganya berjaya mengusahakan tanaman tersebut di Gunung Jerai,
Kedah sejak 1985 lagi. Doktor perubatan terbabit, Dr Shirley Ooi,35, berkata, bapanya, Ooi Chooi Liang, adalah
individu yang bertanggungjawab menggerakkan industri tanaman tersebut sedangkan pada masa itu, tidak
ramai berminat dengan tanaman cendawan. Mereka memulakan perusahaan tersebut dengan modal RM50,000
daripada simpanan sendiri. Ketika itu, sebagai permulaan bapa saya menanam 15 spesies cendawan termasuk
cendawan brazil, butang dan oyster.
“Bagaimanapun, orang Malaysia tidak minat tanam cendawan ketika itu dan bapa saya hampir putus asa,’’
katanya ketika ditemui baru-baru ini. Tidak lama selepas itu, bapanya mengambil keputusan untuk memberi
tumpuan kepada spesies shiitake selain butang.
Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Kanada pada 1996 dan meninggalkan ayahnya untuk meneruskan
perusahaan tanaman tersebut. Ketika di sana, dia mendapat tahu bahawa selain brazil, cendawan shiitake antara
yang popular dan ia mendorongnya untuk meneruskan projek tersebut.
Cendawan, shiitake katanya lebih kejap daripada segi teksturnya, tidak renyuh, tidak berbau dan rasanya juga macam
daging. Ia juga mempunyai nilai perubatan.“Orang gemar menggunakannya sebagai makanan tambahan, masak lemak
cili api dan serunding.
“Sejak itu saya yakinkan bapa saya supaya memberi tumpuan kepada shiitake yang bermula pada 1997,” ujarnya.
Selepas berkhidmat sebagai doktor di Kanadam, beliau kembali ke tanah air untuk meneruskan projek tersebut
bersama bapanya dan nasib mereka bertambah baik apabila salah seorang anggota keluarga mereka bersetuju
melabur RM1 juta pada 2005.
Shiitake atau nama saintifiknya Lentinus edodes mengandungi lentinan iaitu sejenis sebatian anti kanser dan membantu
mengurangkan kesan tumor dan tanpa kolesterol. Namun katanya, kerja menyediakan bahan untuk menanam cendawan
tersebut melibatkan banyak perkara kerana ia merupakan spesies yang sensitif dan memerlukan keadaan bersih terutama
semasa inokulasi.
Kaedah menanamnya lebih kurang sama dengan cendawan lain seperti tiram kelabu yang juga menggunakan polibeg
tetapi perlu ditegakkan.Tanaman cendawan yang diusahakannya juga tidak menggunakan tahi lembu dan lebih mesra
alam iaitu kurang populasi bakteria. Bahan yang digunakan termasuk dedak air, kalsium karbonat dan satu ramuan rahsia.
Benih yang digunakan pula dipilih daripada jenis yang bermutu.
Katanya benih tersebut mestilah yang berbunga besar, batang tebal dan kejap serta mempunyai insang tertutup untuk
proses kultur tisu. Bagi membolehkan ia menghasilkan keluaran lebih baik, benih seharusnya diambil daripada generasi ketiga.
Justeru, meskipun shiitake berasal dari Jepun, proses adaptasi dengan persekitaran di Gunung Jerai menjadikannya sebagai
cendawan hibrid gunung tersebut. Selain itu, ia perlu diubah kepada media oat terlebih dahulu dari kultur tisu sebelum ditanam
sepenuhnya kerana dengan cara ini peluang hidup lebih tinggi berbanding terus kepada kultur tisu.
Polibeg shiitake perlu diletakkan menegak bagi membolehkan misellium nya bergerak dari atas ke bawah dan kemudiannya
membentuk koloni. Mengenai penjagaan pula katanya, apabila cendawan muncul di mulut polibeg dalam tempoh tujuh hingga
sepuluh hari dan ‘rehat’ selama 20 hari.
Selepas 20 hari, ia perlu disiram dalam keadaan polibeg tertutup dan terbalikkan dan akan cendawan akan muncul semula pada
hari kelima.Ia boleh menghasilkan cendawan dalam tempoh tiga atau empat bulan sebelum memulakan penanaman baru.
Menurutnya, pengeluarannya hasil ladangnya kini mencecah 150 kilogram sehari dan ia banyak di pasarkan ke pasar raya-pasar
raya besar. Pada masa sama, beliau juga memanfaatkan media tanaman cendawan tersebut untuk menghasilkan baja kompos.
Baja tersebut digunakan untuk tanaman 25 jenis sayur-sayuran yang turut diusahakannya seperti brokoli di kawasan tersebut.
Selepas sekian lama, beliau bercadang mengembangkan perusahaan tersebut kepada bioteknologi berkaitan farmasutikal
dengan memanfaatkan sebatian lentinan tersebut.
Kawasan ladang tersebut yang kini beroperasi atas nama syarikat AgroBio Future berkeluasan 10 ekar menjadi bukti kesungguhannya
menceburi bidang pertanian selepas meninggalkan kerjaya sebagai doktor.
“Saya ingin menasihati mereka yang ingin menceburi perusahaan cendawan supaya menjaga kualiti dan mencari pasaran terlebih
dahulu. Untuk maklumat lanjut boleh didapati di www.agrobio_future.com.
Cendawan Komersial - Alah asap dan bau wangi
Pembiakan cendawan tiram kelabu secara komersial bukanlah satu proses yang sukar.
Ia cuma memerlukan suhu yang lembap, tidak terdedah pada cahaya matahari dan
kerja-kerja suntikan benih oleh pekerja mahir, organisma ini juga mempunyai pantang
larang yang perlu dipatuhi.
Klik disini untuk bacaan lanjut...
TEMUI PAKAR2 CENDAWAN SELURUH DUNIA...
credit to cima-agro.blogspot.com
PENGUSAHA CENDAWAN PERLU ILMU MENCUKUPI
Industri cendawan kini bukan sahaja terdiri daripada petani semata-mata tetapi melibatkan
pelbagai golongan profesional.Ini menunjukkan industri cendawan semakin mendapat
tempat dalam masyarakat kerana konsep penanaman ringkas dan kemas serta
memberikan pulangan lumayan.
Klik disini untuk bacaan lanjut... TANAM CENDAWAN DARIPADA BAHAN TERBUANG
ALOR STAR 14 Sept. - Hendak seribu daya, tidak mahu seribu dalih. Itulah perumpamaan yang
menjadi pegangan Nordin Ahmad yang kini muncul sebagai pengusaha cendawan tiram berjaya.
Nordin, 48, yang tidak pernah kenal erti patah semangat, gigih mengusahakan tanaman itu
walaupun tidak mempunyai sebarang peralatan yang moden dan canggih.
Klik disini untuk bacaan lanjut...
INOVASI BARU BUNGKUS BUAH
Perkembangan industri pertanian yang semakin rancak sekarang banyak didorong oleh penglibatan
semakin ramai pihak dan memerlukan banyak input memandangkan permintaannya semakin tinggi.
Penggunaan tenaga buruh sebagai contoh juga bertambah menyebabkan kos pengeluaran meningkat
terutama di ladang buah-buahan yang tidak menggunakan jentera atau mesin secara optimum.
Serdang 14 Ogos (Bernama)- Antara produk yang menarik perhatian di Pameran Pertanian, Kortikultur
dan Agropelancongan (MAHA) 2008 yang sedang berlangsung di sini ialah produk daripada cendawan termasuk
serunding, tempura dan tepung. Produk baru ini diusahakan oleh Sinona Shaari, pengasas syarikat Ladang
Genting Permai Resources, yang mengusahakan ladang cendawan dan produk berasaskan cendawan.
Klik disini untuk bacaan lanjut...SURIRUMAH BOLEH TANAM CENDAWAN TIRAM DIRUMAH KUALA LUMPUR 14 OGOS(BERNAMA)- Bagi menyabut seruan agar rakyat berbudi pada tanah, Jaafar Md Amin
telah mengusahakan penanaman cendawan tiram bukan sahaja untuk kegunaan sendiri tetapi juga bagi tujuan
komersil. Jaafar yang mula berjinak dengan dunia pertanian sejak tamat sekolah menengahnya pada 1982,
berkata penanaman cendawan tiram boleh diusahakan sendiri oleh sesiapa sahaja khususnya suri rumah.
Klik disini untuk bacaan lanjut...SUNTIKAN R&D TINGKATKAN NILAI TAMBAH CENDAWAN
- Penubuhan Pusat Penyelidikan Agro Biotek UM (menempatkan teknologi termoden pertanian cendawan secara menyeluruh).